Friday 11 May 2012

HADIS RASULULLAH SAW TENTANG KEMATIAN



Tersebut didalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

a. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
b. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
c. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
d Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
e. Seluruh tahun itu racunya dan Ramadhan itu ubatnya.


Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:

a. Kasih mereka kepada hidup - lupa mereka kepada mati.
b. Kasih mereka kepada harta - lupa mereka kepada hisab.
c. Kasih mereka kepada mahligai - lupa mereka kepada kubur.
d. Kasih mereka kepada dunia - lupa mereka kepada akhirat.
e. Kasih mereka kepada makhluk - lupa mereka kepada Allah swt.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah swt maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.

a. Hartanya untuk warisnya.
b. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
c. Dagingnya untuk ulat-ulat.
d. Amalanya dan kebajikanya untuk orang yang dianayainya.


Apabila bercerailah nyawa dari badan terdengarlah seruan dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
b. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpun engkau?
c. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?



Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam, dimanakah badan engkau yang dulu kuat mengapa jadi lemah?
b. Hai anak Adam, dimanakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
c. Hai anak Adam, dimana kekasih engkau mengapa jadi mulia rakan engkau?



Apabila dibawa keatas kain kafan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam,engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
b. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
c. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!



Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
b. Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
c. Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.



Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

a. Wahai anak adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
b. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
c. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.


Imam Annas bin Malik Radziyallah Annu berkata,bahawa bumi setiap hari berkata:

a. Wahai anak Adam. kamu berjalan diatasku, kamu akan kembali kedalam perut ku (kubur)
b. Hai anak Adam. kamu berbuat maksiat dan dosa diatas ku, dan kamu akan disiksa didalam perutku (kubur)
c. Kamu bergurau diatas ku. dan kamu akan menangis di dalam perutku (kubur).


p/s: sesungguhnya sesebuah kematian itu adalah satu perkara yang pasti akan berlaku/terjadi kepada sesuatu yang hidup.bersiap sedialah dan perbanyakkan lah taubat sebelum ajal menjemput tiba,takkala itu pintu taubat sudah tertutup rapat.Wallahualam.




3 comments:

  1. Mohon share di blog saya..areppunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sila kan en.sebarkan perkara2 ilmu...

    ReplyDelete
  3. Sila kan en.sebarkan perkara2 ilmu...

    ReplyDelete