Buatlah Sesuatu Kebaikan Yang Akan Tetap Hidup Walaupun Sesudah Kita Mati,Semoga ianya Dapat menolong kita di Alam Kubur dan Di Akhirat Sana.Insyallah..
Sunday, 13 May 2012
SERAM: DISERANG OLEH SEKUMPULAN LEMBAGA PUTIH
Hujan lebat berterusan beserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan.Namun, Kumpulan 4 lelaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing,Pahang yg sangat terkenal dengan spesis sepit biru yang sangat lazat isinya.
Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat orang asli yang belum begitu tersusun.Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama.Kebat yang mengetuai kumpulan emapat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa dengan sungai disebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan. Kibat membatalkan hasrat ke hulu Sunagi Lembing. Tambah pula air sungai sangat deras dan mula melimpah tebing.
Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka digunakan untuk berteduh. Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam disitu.
"Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur disitu" cerita karim yang turut menyertai kumpulan itu.
Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan denga air banjir dari limpahan sungai sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila mendapati air naik begitu pantas. Pada masa sama, hujan semakin lebat.
"Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di atas sebuah bukit. Disanan pun sudah dipenuhi
oleh penduduk Orang Asli yang diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air limpahan sungai lembing.
"Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang dianggap sebagai bomoh dikalangan penduduk disitu" katanya.
Kibat diberi layanan baik walaupun keadaan makin terdesak kerana air terus naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat orang asli di kampung berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.
Tetapi bagi Kibat dan kawanya menganggap kejadian itu satu pengalaman baru. Menjelang tengah malam itu,
mereka dibawa berpindah kesatu lagi kawasan selamat oleh pembantu ketua orang asli. Ini kerana menurut ketuanya bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan menjadi bertambah teruk. Mereka tiba dikawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khasnya mula membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang. Kumpulan itu kemudianya meninggalkan Kibat dan kawanya sebaik saja keperluan sudah disiapkan.
Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat orang asli sangat bererti buat mereka,cerita karim lagi sambil mendakwa bahwa pada malam itu mereka bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyeyaknya hingga pada saat-saat terjaga dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai tawa mengelilingi kawasan itu,kelihatan lembaga putih berterbangan.
"kami ketakutan tetapi Kibat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang. Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dnegar dengan jelas. Tetapi nayata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai dengan lebih garang itu daripada mendekati kami.
"Kibat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudianya meninggalkan kawasan kami untuk seketika. Tetapi lembaga itu datang semula dengan bilangan yang lebih banyak (ooo panggil geng ek? hehe) sambil mengilai dengan bunyi yang lebih mengerikan," katanya.
Oleh kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Kibat cekal membaca ayat suci Al-Quran. pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan begitu kuat dan hampir roboh.
"Kibat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami terbaring diatas tanah perkuburan dengan batu nisan yang bertaburan.
"Kami semakin terkejut tetapi Kibat merasa syukur sebaik saja menamatkan laungan azam yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.
Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tenggah-tengah kawasan perkuburan islam di sebuah kampung Melayu di sungai lembing dan bukan di perkampungan orang asli seperti yang berlaku tragedi misteri yang dilalui sepanjang hari malam itu.
"Kibat tidak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil singgah disebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami soalt sunat kesyukuran dan berdoa selamat yang diimamkan oleh Kibat sendiri.
"Apa yang berlaku adlah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi misteri yang dilalui oleh kaki pancing yg sama seperti kami," kata karim menamatkan perbualan.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment