Buatlah Sesuatu Kebaikan Yang Akan Tetap Hidup Walaupun Sesudah Kita Mati,Semoga ianya Dapat menolong kita di Alam Kubur dan Di Akhirat Sana.Insyallah..
Friday, 18 May 2012
NASIHAT (GAMBARAN) KESALAHAN DALAM SOLAT
Mungkin sesetengah orang berpendapat bahawa perkara ini adalah sesuatu yang remeh temeh,tp perkara-perkara inilah yang akan menyebabkan pahala solat kita berkurangan dan tidak kusyuk semasa mendirikan solat,mari kita lihat apakah kesalahan2nya.
1. Jika telifon berbunyi jangan menjawab telifon kerana mengganggu solat para jemaah atau menjawab telifon adalah membatalkan solat (sy pernah terjumpa org mcm ni).
2. Dalam satu waktu solat sebaiknya satukan jemaah dan jangan adakan dua jemaah dalam satu masjid pada waktu yang sama.
3. Jangan putuskan saf malah disunatkan dirapatkan,kerana syaitan juga datang ke masjid untuk menggangu orang yang solat tanpa kusyuk,dia akan berdiri dicelah-celah saf yang putus.
4. Disunatkan letak tangan kanan diatas tangan kiri dan kedua-dua tangan diletakkan di tengah-tengah dada.
5. Disunatkan mengaminkan fatihah imam sekadar didengari sahaja bukan sehingga menggangu orang lain atau memanjangkan lafaz amin sehingga berlebihan,solat bukan tempat bergurau atau mengejek2 Allah swt.
6. Jangan memandang keatas ketika solat tetapi pandanglah ditempat sujud.
7. Sesetengah daripada umat islam dia lupa bahawa dia masih berada di masjid walaupun sudah selesai solat,oleh yang demikian jangan berbual (berbual kosong) selagi berada di masjid kerana masih ada orang lain yang berzikir dan sedang solat sunat. Jika hendak berbual, mulakan perbualan ketika berada diluar masjid atau diluar kawasan masjid.
8. Jangan lalu dihadapan orang yang sedang solat, kerana Rasulullah saw melarangnya.Terdapat hadis yang meriwayatkan bahawa halal darah mereka yang lalu dihadapan orang yang sedang solat.
P/S: Semoga kita membetulkan apa jua kesalahan kita,agar dapat melalukan ibadah dengan lebih kusyuk lagi. Sekian. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment