Sunday 16 June 2013

SERVIS PENAPIS AIR ELKEN ANDA SEKARANG !!!


Kami menyediakan perkhidmatan servis mesen penapis air ELKEN pelbagai model. Kami menawarkan servis yg terbaik dan harga yang berpatutan.Kami juga akan terus ke rumah anda (DI SEKITAR KELANTAN SAHAJA) .Antara servis-servis yang kami sedia kan adalah :-

1) Servis Tahunan.
2) Tukar Filter
3) Dan banyak lagi.

Hubungi atau SMS kami sekarang!!!  019-9146542.





Monday 10 June 2013

KISAH BENAR: BERHATI-HATI KETIKA MELANCONG KE THAILAND



Kisah Benar daripada seorang pelancong Malaysia yg melancong ke Thailand

Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli
chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka
telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand
yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton
rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa
memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.Nak
dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu
yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus
rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).

Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan
bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas
my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty
Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya
diberi percuma. Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis
untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana
salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras
untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh
pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan
suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my
cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu
dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut
dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my
cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi
tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang
di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di
lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu
lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang
sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist
tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter.
Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan
kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki
MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My
cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang
terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki
pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau
berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping
itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia
di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak
memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di
Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala
Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.
Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my
cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000.
Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju
dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar
dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang
tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan
wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... ..
dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah
yang diperolehi itu. Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa
majestret melalui tingkap saja).

My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... .....). Nasib baik my cousin teringat kisah
tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat
dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua
kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta
mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan
beliau dibenarkan pulang. Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau
menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my
cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan) Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua?
Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.

P/S: text asal ini diambil daripada  http://www.sioloon.com/

Tuesday 12 March 2013

GAY DAN LESBIAN TERGOLONG DALAM 4 GOLONGAN YANG MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH SWT PAGI DAN PETANG



Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SAW.

Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”.
(Surah Al-‘Araf : 80 – 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;

“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;

“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)


AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;

“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;

“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”
(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia .

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

PENUTUP

Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

Maka dengan keadaan inilah, Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor, menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit social yang membimbangkan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Ibnu Wan Hussin
Ketua
Lajnah keahlian & Ulama Pelapis
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Friday 8 March 2013

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI (SAW)



Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Hukum berselawat

Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Selawat Paling Afdhal

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

“Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

Lafaz Selawat yang sahih

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.