Monday 21 May 2012

10 KELEBIHAN BULAN REJAB



Sempena bulan rejab yang akan tiba ini iaitu esok 22 Mei 2012 saya akan senaraikan 10 kelebihan bulan rejab ini.

1. Sabda Nabi S.A.W "hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah SWT memuliakan kamu dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat. (Al-Hadis)

2. Sabda Nabi SAW "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. (Al-Hadis)

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Malam Awal Rejab mustajab doanya (dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi)

5. Puasa sehari dalam bulan Rejab akan mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis)

6. Puasa Tiga hari dalam bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)- (Al-hadis)

7. Puasa Empat hari dalam bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis)

8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab keluar dari kubur bercahaya mukanya (Al-Hadis)

9. Puasa Tujuh hari pada bulan Rejab ditutup daripadanya  pintu neraka (Al-Hadis)

10. Puasa lapan hari pada bulan Rejab dibuka baginya lapan pintu syurga (Al-Hadis).

 * Barang siapa m'ingatkan org lain tntg ini seakan b'ibadah slma 80 tahun :')


p/s: Semoga kita dapat menafaatkan kehadiran bulan Allah swt ini iaitu bulan Rejab. Sekian.




No comments:

Post a Comment