"Siapa meninggal? malam-malam mengusung jenazah kat jalan Batu 13." "Tak ada orang meninggal pun situ. Batu 13 tu tempatnya keras". Bermula peristiwa itu maka dengan ini dipaparkan kisahnya untuk dikongsi bersama. Atau, paling tidak dapat mengisi khazanah misteri di kalangan kaki pancing yang sentiasa berdepan kisah aneh dan menakutkan.
Rombongan lima orang pemancing yang diketuai oleh seorang anak muda yang baru pulang dari Australia (memegang ijazah khazanah laut dalam) bernama Shafik Roslan, bercadang untuk turun memancing bersama rakan lamanya.Tempat pilihan kali ini bukan dilaut tetapi sebuah kolam lama yang ditinggalkan dipedalaman kawasan Orang asli di sungai tahan (bukan nama sebenar)
Kolam ini bagaikan tasik kecil tetapi dalam dan dighuni spesis ikan tongsan dan toman bersaiz besar. Perjalanan menuju ke lokasi berkenaan dengan menaiki sebuah van kepunyaan Zali yang dipandu sendiri olehnya. Mereka meninggalkan Seremban tepat jam 10 malam dalam keadaan cuaca yang sangat baik. Syafik berada di laut lebih lama dari dibilik kuliahnya ketika menuntut ilmu pelaut di Australia. Justeru,minatnya memancing sama ada dilaut mahupun di tasik tidak terkecuali.
Mereka melalui Batu 13. Jalanya kecil lagi sunyi. Perjalanan terpaksa diperlahankan kerana rombongan mengusung jenazah memenuhi separuh jalan tanpa sebarang lampu jalan. Namun yang anehnya, langkah mereka pantas bagaikan berlari. Ketika singgah disebuah pekan kecil, mereka berehat minum diwarung seorang tua berkopiah putih. ketika ditanya mengenai jenazah yang diusung pada waktu malam di Batu 13, orang tua berkenaan bagaikan tahu apa yang berlaku.
Menurut cerita Wak Anuar kepada halaman misteri: yang turut sama dalam rombongan berkenaan terpaksa berdepan pelbagai halangan sebelum tiba di lokasi dilewat tengah malam. Halangan kedua, ular besar merintangi jalan sebelum tiba dikawasan pedalaman orang asli di sungai tahan. Terhalang perjalanan hampir satu jam itu cukup menjejaskan semangat dan harapan anak muda yang baru pulang dari Australia itu yang pada mulanya begitu berkobar-kobar untuk turun memancing.
Mereka meneruskan perjalanan sebaik sahaja ular besar memberi laluan tetapi keadaan cuaca mula berubah. langit yang sebelum itu dipenuhi bintang bertukar gelap pekat dengan sesekali kilat bermain didada langit. Perjalanan diteruskan dengan berhati-hati. Namun mereka terhalang lagi apabila sebatang pokok besar tumbang melintas jalan. Serta-merta hujan mula turun beserta angin kencang bagaikan ribut.
Syafik tidak panik tetapi terus berdoa dengan suara terang "Ya Allah swt, kami berlindung dengan-Mu daripada sebarang keburukan. Engkau tunjukkan jalan yang benar jika ada makhluk Mu berniat jahat terhadap kami. Sesungguhnya kekuasaan-Mu lenih dari segala-galanya". Sejurus habis saja doa Syafik, pokok tumbang hilang serta merta dan mereka dapat meneruskan perjalanan.
Zali dan Wak Anuar sendiri turut hairan dengan doa yang dilafazkan oleh Syafik yang tidak terlintas langsung difikiran oleh semua rakan pancing bahawa Allah harus diminta dalam keadaan terdesak begitu mahupun keadaan senang. Perkampungan orang aslu masih jauh. Perjalanan bertambah sukar apabila hujan makin lebat. Dan, anehnya mereka sekali lagi terserempak dengan rombongan mengusung jenazah.
Kali ini rombongan lebih ramai dan menutup muka jalan. Syafik mengarahkan Zali memberhentikan van sambil membunyikan hon kereta beberapa kali dengan kuatnya. Rombongan membawa jenazah serta-merta hilang. Sekali lagi mereka meneruskan perjalanan lau berehat sebaik tiba di perkampungan orang asli dan terus bermalam. Esoknya, mereka tidak meneruskan hasrat untuk ke tasik sebaliknya berpatah balik ke Seremban setelah petanda buruk dapat dirasakan menghalang setiap kali meneruskan hasrat ke tasik atau kolam lama dihujung kampung.
Syafik dapat menyelamatkan perjalanan mereka ketika terdesak, Kata Wak Anuar menamatkan cerita misteri kumpulannya ketika berhasrat untuk memancing dikolam lama atau tasik. Justeru, halangan begini harus dijadikan iktibar yang di sebaliknya mengukir misteri tersembunyi dan tentunya kepada Allah SWT tempat kita berserah diri.
No comments:
Post a Comment