Friday, 13 April 2012

MAKNA BACAAN TAHIYAT DALAM SOLAT


Assalamuuaalaikum, off topik jap pasal photography.hehe disini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang makna bacaan tahiyat dalam solat. Ramai diantara kita yang solat,tetapi tidak tahu tentang makna,dan erti setiap bacaan dalam solat tersebut contohnya bacaan dalam tahiyat, iaitu samada ketika tahiyat awal mahupun tahiyat akhir. Oleh itu, jom kita ketahui maknanya..

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera keatas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami,selawatkanlah keatas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas Engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera keatas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami,selawatkanlah keatas Nabi Muhammad dan keatas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan keatasa Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim.
Berkatilah keatas Muhammad dan keatas keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati keatas Ibrahim dan keatas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



*Semoga kita dapat bersama-sama meningkatkan lagi Ibadah kepada Allah SWT  selagi ada kesempatan yang masih diberikan kepada kita. Wassalam.




No comments:

Post a Comment