Bagi orang-orang yang meninggalkan solat fardhu yang telah diwajibkan, Azab Kubur akan disediakan kepadanya adalah seperti berikut.
Dalam Kitab Jauharul Mauhub diceritakan 3 jenis seksaan di dalam kubur bagi yang meninggalkan sembahyang.
1. Disempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.
2. Api dari lubang neraka disalurkan melalui satu lubang yang halus ke dalam kuburnya. Pada bulan Ramadhan, saluran ini ditutup dan seksaan dihentikan buat sementara.
3. Dihantar (Suja' Al-Akra') ular Akra' yang menyeksa mereka yang meninggalkan sembahyang (yang tidak diqadha)
Matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi. Panjang setiap satu kukunya adalah sesetengah hari perjalanan. Bersamanya adalah pemukul yang diperbuat daripada besi. maka ia berkata kepada mayat itu, suaranya seperti petir yang amat kuat. ia berkata, "Aku disuruhkan oleh Tuhanku untuk memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Subuh sehingga sampai kepada waktu Zohor".
"Kemudian,Aku memukul engkau kerana meningalkan sembahyang Zohor hingga Asar. aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Asar,hingga Magrib. Dan aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Magrib hingga Isya'. Dan aku memukul engkau kerana meninggalkan sembahyang Isya' hingga Subuh".
Bagi setiap satu pukulan, mayat itu akan tenggelam kedalam bumi sedalam 70 hasta.
Selepas itu ular itu akan memasukkan kukunya kedalam bumi dan mengeluarkanya kembali,kemudian dipukul lagi.
Mereka itu sentiasa dalam pukulan ular itu sehingga hari kiamat.
*Oleh itu,marilah kita bersama-sama memperbaiki diri,agar menjadi seorang hamba Allah swt yang lebih mentaati perintahnya.Sekian.
No comments:
Post a Comment